Panduan Pemasangan

Panduan langkah demi langkah untuk pasang aksesori AE ProjectZ sendiri di rumah. Semua produk kami direka untuk DIY โ€” tanpa perlu pergi workshop.

  • ๐Ÿงด Alkohol / IPA

    Untuk bersihkan permukaan sebelum pasang pelekat 3M.

  • ๐Ÿงฝ Kain Microfiber

    Untuk lap & polish tanpa calar pada permukaan kereta.

  • ๐Ÿ”ง Plastic Pry Tool

    Untuk tanggalkan panel atau trim lama tanpa rosakkan plastik.

  • ๐ŸŒก๏ธ Heat Gun / Hair Dryer

    Untuk lembutkan pelekat 3M supaya lebih mudah lekat & tanggal.

Panduan Pemasangan Mengikut Produk

Trim Karbon (Dashboard / Door Panel)

Langkah 1: Bersihkan permukaan dengan alkohol/IPA. Tunggu kering sepenuhnya.
Langkah 2: Panaskan bahagian belakang trim dengan hair dryer selama 30 saat (jangan terlalu panas).
Langkah 3: Tanggalkan pita pelekat 3M, align dengan betul sebelum tekan.
Langkah 4: Tekan kuat selama 30โ€“60 saat. Elak sentuh selama 24 jam untuk pelekat set sepenuhnya.
Tips: Buat dalam suhu bilik (bukan di bawah matahari terik).

Armrest Organizer / Console Box

Langkah 1: Tanggalkan armrest asal (jika ada) atau buka console box.
Langkah 2: Test fit organizer dahulu tanpa pelekat untuk pastikan padan.
Langkah 3: Bersihkan permukaan, kemudian letak organizer menggunakan klip atau pelekat yang disertakan.
Tips: Untuk model tanpa klip, double-sided tape 3M VHB memberikan pegangan terkuat.

Sensor Cover / Headlight Trim

Langkah 1: Bersihkan bahagian luar sensor/headlight dengan alkohol.
Langkah 2: Align cover dengan lubang sensor untuk pastikan fit sebelum lekat.
Langkah 3: Tekan dan tahan selama 1 minit.
Perhatian: Pastikan cover tidak tutup sensor sepenuhnya โ€” ada lubang khas yang disertakan.

Cara Tanggal Aksesori Lama

Untuk aksesori 3M: Panaskan dengan hair dryer (60โ€“70ยฐC) selama 1โ€“2 minit. Tarik perlahan dengan sudut 45 darjah menggunakan dental floss atau fishing line.
Untuk klip: Guna plastic pry tool untuk kais keluar klip perlahan-lahan.
Untuk baki pelekat: Guna Goo Gone atau minyak masak untuk tanggalkan baki pelekat tanpa calar.

Panduan Pemasangan

Masih Perlukan Bantuan?

Hubungi kami โ€” kami guide kau step by step via WhatsApp.

Hubungi Kami